
Sulit
3 tahun
Masalah rambut botak keturunan
doctor saya dah enam bulan pakai finasteride dengan minoxidil tanpa berjumpa dengan doctor…rambut saya dah mula ok…soalan saya boleh saya dapatkan finasteride dari sini…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, ubat Finasteride dan Minoxidil adalah ubat preskripsi dan hanya boleh dibeli sekiranya dipreskripsikan oleh doktor. Sebaiknya anda merujuk kepada doktor untuk mendapatkan preskripsi ubat ini. Kami juga ingin menasihatkan anda untuk tidak mengambil ubat tanpa rujukan doktor kerana sesetengah ubat boleh menyebabkan kesan sampingan apabila digunakan untuk tempoh panjang.
Anda boleh mendapatkan nasihat doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.