Sulit
3 tahun
Mkn postinor 2 blh mengganggu kitaran haid ke?
hi.sy melakukan hubungan 2 @ 3 hri selepas period.tapi xpancut dalam. bbrp hri lps tu mkn pil postinor. blh mngndg jgk ke? dh buat pregnt test sblm tarikh period n lps 2 hri lps tarikh period. still negatif. tpi period xdtg lg. mcm mna tu doc.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, jika anda baru pertama kali mengambil pil postinor, pil tersebut dapat menyebabkan kesan sampingan iaitu haid menjadi tidak teratur. Oleh itu, sesetengah wanita akan mengalami gangguan haid untuk beberapa ketika.
Namun, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.