Sulit
3 tahun
Muntah ambil Vitamin Obimin
Doc, ada tak vitamin yang sama seperti obimin kerana saya mengalami masalah muntah apabila makan obimin pada usia kandungan 15 minggu
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, selamat sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang pertanyaan anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Obimin merupakan salah satu suplemen yang selalu diberikan kepada ibu mengandung. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin dan juga zat yang baik untuk pertumbuhan bayi dan juga baik untuk ibu yang sedang mengandung. Vitamin dan mineral ini terdiri daripada Asid folik, kalsium, zat besi, Vitamin D dan iodin yang terdapat dalam kuantiti yang tertentu.
Setiap individu mempunyai tahap sensitiviti yang berbeza-beza pada jenis ubatan yang diambil bergantung kepada latar belakang kesihatan seseorang. Sekiranya ubat yang diambil memberikan kesan sampingan iaitu muntah secara kerap, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin bagi mendapatkan nasihat dan konsultasi mengenai masalah yang dihadapi. Dapatkan nasihat daripada doktor mengenai pengambilan vitamin yang lebih sesuai dan memberi manfaat kepada tubuh badan dan kandungan.
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih