
Sulit
5 tahun
Parut jerawat berlubang yang susah dihilangkan
Saya wanita 20 an. Saya mengalami parut berlubang contoh ice pick box scar. Apakah rawatan yang boleh saya lakukan untuk menghilangkan parut ini. Adakah parut ini boleh dihilangkan dengan menggunakan krim.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, parut tersebut merupakan komplikasi masalah jerawat. Tiada rawatan yang boleh digunakan untuk merawat parut tersebut. Namun, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan lanjut jika anda mengalami masalah jerawat agar dapat mencegah daripada parut baru untuk muncul.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.