Sulit
3 tahun
Parut jerawat berlubang di hidung
Hi Dr., Saya wanita berumur 30an mempunyai beberapa parut jerawat berlubang di permukaan hidung. Saya mengalami masalah jerawat besar yang muncul berulang kali dan meninggalkan parut berlubang walaupun tidak memicitnya. Lubang besar dan kecil mengganggu penampilan diri. Adakah laser boleh dilakukan untuk mengurangkan parut di permukaan hidung tersebut? Atau tiada solusi bagi masalah parut berlubang di hidung?
Sekian, soalan daripada saya.
Terima kasih dan salam hormat.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
bawah adalah senarai tips menghilangkan bekas jerawat secara alami.
- Aloe vera
- Minyak kelapa
- timun
- Madu
- Rosehip seed oil
- Limau: Campur jus limau dengan air dan sapu di bekas
- Baking soda
- Minyak lavender
- Minyak zaitun
Naamun ada juga rawatan jerawat secara tidak alami. Antaranya adalah:
- Pembedahan kecil: Ini adalah untuk parut yang dalam ataupun terkeluar supaya parut tidak kelihatan dengan jelas.
- Kolagen: Menggalakkan pengeluaran kolagen melalui teknik “needling”. Ini bukan cara yang cepat.
- Laser: Beberapa teknik laser yang berbeza diguna bergantung kepada jenis parut. Sesuai untuk parut yang dalam atau terkeluar.
- Cryosurgery: Teknik ini melibatkan pembekuan parut.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.