Sulit
2 tahun
Jerawat halus di punggung
Saya lelaki lingkungan awal 30an mempunyai biji-biji halus seakan-akan jerawat di bahagian punggung. Tetapi is tidak sakit dan seakan-akan kekal di punggung. Boleh saya tahu adakah ianya bahaya & ada apa-apa krim atau ubat yang boleh menghilangkannya? Terima kasih.
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kemungkinan besar masalah kulit yang berlaku boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jerawat
- Foliculitis yaitu keradangan folikel rambut
- Dermatitis
- Penyakit berjangkit seperti demam denggi, HIV, dan penyakit cacar air.
- Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
- Penyakit sopak garam iaitu urticaria
- Penyakit vasculitis
- Penyakit autoimun seperti systemic lupus erythematosus (SLE) dan inflammatory bowel disease (IBD)
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!