Sulit
3 tahun
Penggunaan ubat jerawat oxy10
Doktor, saya nak tanya, muka saya jadi merah, gatal dan bengkak bila saya guna ubat jerawat oxy10 semalam. Saya sudah gunakan ubat ni 10 hari tapi semalam muka saya tiba-tiba jadi teruk pula dan saya perasan bengkak di wajah semakin merebak. Adakah saya perlu berjumpa pakar kulit di klinik kerajaan untuk merawat wajah saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut, merah, gatal dan bengkak selepas penggunaan ubat oxy10 mungkinnya disebab oleh alahan pada ubat ini ataupun punca lain seperti jangkitan kulit, radangan kulit dan lain.
Sebaiknya anda merujukkan perkara ini kepada doktor anda untuk mengkaji semula ubat dan rancangan rawatan anda. Oleh itu, rancangan rawatan anda boleh dibincang semula.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap degnan Pakar Kulit.