Sulit
3 tahun
Naik Bintik Bintik Merah
Saya remaja umur 14 tahun…saya dapati badan saya ni banyak naik bintik bintik merah tapi tak gatal pun sejak dua minggu ni… terutama area paha. Ada yang dah kering. Lepastu ada ubat tak…malu lah orang tanya kenapa tangan ada bintik bintik…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, naik bintik bintik merah yang tidak gatal, mungkinnya adalah jerawat, boleh timbul sebab beberapa perkara, contohnya:
- Ketidakseimbangan hormon akibat kil baligh
- Kebersihan yang kurang memuaskan
- Makanan berzat rendah (berminyak, goreng-goreng dan manis)
- Kulit pengeluaran minyak berlebihan (sebum)
- Stress
- Jangkitan
Ubat sapuana ada sedia untuk keadaan anda, namun kami menyaran anda berjumpa doktor dahulu untuk mengetahui punca penyebab gejala anda serta dapatkan penjelasan dan kesan rawatan yang terbaik.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Kulit bagi membantu masalah kulit anda!