Sulit
3 tahun
Masalah jerawat tidak surut
Saya umur 21 tahun dan mengalami masalah jerawat dari awal tahun 2020. Macam macam produk saya telah cuba tapi jerawat masih naik dan parut lekuk boleh tahan banyak. Saya bercadang untuk ambil accutane tapi adakah sesuai untuk ambil accutane 20mg pada umur 21 ? Apa risiko dan tips untuk ambil accutane.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, jerawat boleh berlaku disebabkan masalah hormon ataupun masalah genetik. Ada kalanya sesetengah makanan dan penggunaan sesetengah produk juga boleh menyebabkan jerawat. Untuk menangani masalah jerawat, anda boleh mengunakan produk yang mengandungi salicylic acid ataupun benzoyl peroxide. Namun, anda harus menggunakannya secara konsisten untuk melihat perbezaan pada kulit. Kami menyarankan anda untuk merujuk kepada pakar kulit untuk mendapatkan rawatan yang sesuai untuk masalah anda. Anda boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama doktor kami supaya anda dapat dibantu dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!