Sulit
3 tahun
Kulit muka breakout dengan pergunaan produck skincare, kolegan ikan dan mask … saya memerlukan tunjuk ajar atau cara mengatasinya
Saya perempuan berumur 42 tahun mempunyai masalah breakout disebabkan oleh salah guna produk skincare dan mask …blh doktor jelaskan cara mengatasinya
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Berdasarkan keterangan kami memahami anda mempunyai masalah jerawat yang berlaku. Kami memahami kebimbangan anda dan akan cuba untuk membantu.
Untuk pengetahuan anda, jerawat boleh berlaku disebabkan:
- Peningkatan dalam produksi sebum
- Infeksi oleh bakteria (akibat kurang mencuci muka dengan benar)
- Masalah hormon seperti polycystic ovarian syndrome (diagnosis dasar yang biasanya disertai dengan masalah haid dan sebagainya)
Jerawat juga boleh bertambah teruk akibat faktor-faktor seperti:
- Perubahan hormon
- Penggunaan ubat seperti corticosteroid
- Gaya pemakanan
- Stres
Jerawat memerlukan perawatan yang lama sehingga kurang lebih 6 bulan. Antara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan keparahan jerawat adalah:
- Cuci bahagian berjerawat sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan pencuci muka yang lembut
- Elakkan daripada menggunakan kosmetik yang berasaskan minyak
- Pilih pencuci atau serum yang mengandungi niacinamide, salicylic acid atau benzoyl peroksida untuk mengurangkan pengeluaran minyak
- Amalkan pemakanan sihat
- Bersenam untuk membaiki pengaliran darah
- Kurangkan stress
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor pakar kulit secara atas talian untuk mendapatkan pandangan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami harap keterangan ini dapat membantu anda. Terima kasih