Sulit
3 tahun
Adakah Resdung boleh menyebabkan jerawat
Saya berumur 16 tahun saya mengalami penyakit resdung
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan jika masalah resdung boleh menyebabkan jerawat. Kami akan cuba membantu.
Untuk makluman pihak tuan, masalah resdung tidak berkait secara langsung dengan jerawat. Namun begitu, terdapat beberapa sebab mereka yang mempunyai masalh resdung boleh mengalami banyak jerawat pada masa yang sama.
Hal ini adalah disebabkan mereka yang mempunyai masalah sinus kerap mengusik muka dan hidung mereka yang gatal. Akibatnya bakteria dan kotoran mudah terlekat pada kulit dan menyebabkan masalah jerawat berlaku.
Selain itu, masalah jerawat tersebut boleh jadi adalah masalah kulit yang disebabkan oleh kondisi kulit berminyak atau penjagaan kulit muka yang tidak betul.
Anda disarankan untuk merujuk masalah resdung dan jerawat anda kepada doktor. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.