Sulit
3 tahun
Masalah jerawat dagu
Saya remaja perempuan berumur 17 tahun Yang mempunyai masalah jerawat sejak umur saya 15 tahun lagi. Jerawat saya berada di dahi ,hidung , pipi,Dan dagu.sejak akhir-akhir ini, jerawat saya Yang berada di hudung,dahi Dan dagu semakin teruk Yang menyebabkan timbul Banyak jerawat sehingga menganggu harian saya. Jerawat di dagu saya semakin Banyak tumbuh Yang rupanya kecil Dan besar Yang berwarna putih.hal ini sangatlah menjejaskan kehidupan saya untuk bersosial atau menghantar video menerusi online.jadi, apakah Yang perlu saya lakukan?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Berdasarkan keterangan kami memahami anda mempunyai masalah jerawat yang banyak tumbuh di bahagian muka dan bahagian dagu yang bertambah teruk. Kami memahami kebimbangan anda dan akan cuba untuk membantu.
Untuk pengetahuan anda, jerawat boleh berlaku disebabkan:
- Peningkatan dalam produksi sebum
- Infeksi oleh bakteria (akibat kurang mencuci muka dengan benar)
- Masalah hormon seperti polycystic ovarian syndrome (diagnosis dasar yang biasanya disertai dengan masalah haid dan sebagainya)
Jerawat juga boleh bertambah teruk akibat faktor-faktor seperti:
- Perubahan hormon
- Penggunaan ubat seperti corticosteroid
- Gaya pemakanan
- Stres
Jika tidak dirawat dengan cara yang betul dan segera, komplikasi serius boleh berlaku seperti:
- Parut yang boleh kekal lama selepas jerawat telah pulih
- Perubahan kulit seperti pigmentasi kulit lebih gelap dan tidak sekata.
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor pakar kulit secara atas talian untuk mendapatkan pandangan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami harap keterangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar kulit