Sulit
3 tahun
Muka breakout lepas tu mengelupas
Muka saya breakout , lepas tu saya pakai beauty wise muka saya mengelupas , lepas tu ada macam mengelembung kat dahi saya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah jerawat ataupun breakout dan masalah kulit menggelupas. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala yang sedang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Alahan
- Masalah kulit sensitif pada produk kecantikan
- Kurang penjagaan kebersihan
- Tekanan perasaan ataupun stres
Namun begitu, masalah yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Infeksi oleh bakteria (akibat kurang mencuci muka dengan benar)
- Masalah hormon seperti polycystic ovarian syndrome (diagnosis dasar yang biasanya disertai dengan masalah haid dan sebagainya)
- Peningkatan dalam penghasilan sebum(minyak)
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi .
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih