Sulit
2 tahun
Muka bahagian dahi berkeringat
Hello doc. Doc, saya ingin bertanya, direkomendasikan bahawa setiap hari perlu mencuci muka hanya 2kali sehari. Saya mempunyai masalah muka berjerawat, di dahi saya berminyak namun di pipi saya tidak. Dan pada waktu tengahhari sekitar jam 11-12, muka di bahagian dahi saya akan berkeringat dan berminyak, apa saya perlu cuci muka dok? Apa saya perlu cuci muka siang, tengahhari dan waktu malam atau bagaimana dok
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda
Berdasarkan pernyataan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang dengan masalah muka berminyak anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kekerapan yang disarankan untuk mencuci muka adalah sebanyak dua kali sehari. Hal ini adalah kerana jika anda terlalu kerap mencuci muka, anda akan menghilangkan kelembapan kulit di bahagian muka anda dan kulit anda akan mudah untuk berminyak. Jika pada waktu tengah hari kulit muka anda berminyak, cukup sekadar anda basahkan dengan sedikit percikkan air dan kemudian mengelapnya menggunakan tisu.
Mencuci muka pada waktu pagi adalah sangat oenting kerana pada waktu tersebut, minyak yang dihasilkan pada kulit wajah anda semalaman akan berkumpul. Pada waktu petang pula, anda perlu mencuci muka untuk menghilangkan segala kekotoran pada kulit muka setelah seharian bekerja di luar.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.