Sulit
3 tahun
Masalah kulit, jerawat
salam sejahtera, saya berusia 25 tahun saya menghadapi masalah jerawat pada muka dan badan. jerawat akan semakin banyak tumbuh apabila saya hampir datang bulan(period). masalah jerawat ini saya dah hadapi lebih dari 10 tahun, ada beberapa produk telah saya guna untuk atasi nya tapi masih belum hilang. dan terdapat kesan parut pada jerawat yang telah pecah atau surut. saya ingin tahu cara untuk hilangkan parut dan jerawat tersebut. adakah saya perlu makan vitamin,ubat atau sapuan cream kulit untuk hilangkan jerawat serta bekas jerawat pada muka dan badan saya. saya adalah seseorang yang menghadapi obesiti tahap 1.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, jerawat boleh berlaku disebabkan masalah hormon ataupun masalah genetik. Ada kalanya sesetengah makanan dan penggunaan sesetengah produk juga boleh menyebabkan jerawat. Untuk menangani masalah jerawat, anda boleh mengunakan produk yang mengandungi salicylic acid ataupun benzoyl peroxide. Namun, anda harus menggunakannya secara konsisten untuk melihat perbezaan pada kulit. Kami menyarankan anda untuk merujuk kepada pakar kulit untuk mendapatkan rawatan yang sesuai untuk masalah anda. Anda boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama doktor kami supaya anda dapat dibantu dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!