Sulit
3 tahun
Jerawat di sekitar belakang badan dan dada
Jerawat badan saya terlalu banyak sampai kulit rosak teruk . Kemerah merahan . Bernanah dan berdarah jadi apa yg perlu sy lakukan? Beberapa bnyk kali jumpe doc . Tp bnyk doc bg ubat gatal sahaja . Tp effect sama . Xde perubhn sikit pun
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keadaan yang anda alami iaitu masalah jerawat badan.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Secara umumnya, jerawat berlaku disebabkan:
- fasa akil baligh manusia
- peningkatan hormon androgen dalam tubuh
- gangguan kelenjar sebum
- jangkitan kuman
- amalan pemakanan yang tinggi kandungan minyak
- dan lain-lain
Untuk pengetahuan anda, rawatan bagi masalah jerawat adalah bergantung kepada penyebab dan keparahan jerawat anda, maka anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan yang terbaik, namun buat sementara waktu anda boleh cuba:
- produk sabun badan yang mengandungi alpha hydroxy acid (AHAs) boleh membantu pudarkan bekas jerawat
- produk mengandungi asid laktik (lactic acid)
- retinoid atau retinol akan membantu meningkatkan penyembuhan sel-sel kulit
- asid salisilik mampu mengurangkan bekas jerawat, malah boleh membersihkan pori dan mengurangkan kemerahan dan bengkak
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!
Selain itu, sekiranya terdapat kesan-kesan yang aneh setelah menggunakan produk seperti kemerahan, gatal-gatal, kelainan kulit, dan lain-lain, disarankan untuk berhenti menggunakan produk tersebut dan berjumpa dengan doktor yang lebih pakar.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan penerangan lanjut. Terima kasih