Sulit
3 tahun
Jerawat badan belakang Dan didada
Sy brumur 42 thn…kulit sy jnis brminyak kusam.bnyk jerawat tumbuh penuh belakang dr atas bahu smpai punggung.didada pun penuh jerawat.ada dua biji jerawat yg paling besar sebesar duit 50cen dibawah dada Dan disebelah bahu brdekatan dgn ketiak…memang bsar mcm bisol …sakit Dan pedih…sy nk tahu apa pendapat dktor tntang msalah sy dan bgaimnana untuk mghilangkn jerawat badan sy…dh brmcm ubat pil produk sy gunakn x berhasil…hrap dktor dpt mmbntu sy…trma ksih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah jerawat yang tumbuh pada bahagian badan belakang dan didada. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala yang sedang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Alahan
- Masalah kulit sensitif pada produk mandi/pencuci
- Kurang penjagaan kebersihan
- Tekanan perasaan ataupun stres
- Pemakaian baju yang terlalu ketat
- Masalah kerap berpeluh
Namun begitu, masalah yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Infeksi oleh bakteria (akibat kurang mencuci muka dengan benar)
- Masalah hormon seperti polycystic ovarian syndrome (diagnosis dasar yang biasanya disertai dengan masalah haid dan sebagainya)
- Peningkatan dalam penghasilan sebum(minyak)
- Bisul
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi .
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih