Sulit
3 tahun
Kulit Kering Berjerawat
Hai doctor, saya perempuan dan berumur hampir 24 tahun . Saya mengalami masalah jerawat sejak umur 15 tahun. Persoalan saya , apakah cleansing , moisturizer dan sunscreen yg sesuai utk saya guna? Saya dah cuba cleansing Cetaphill dan Cerave kedua2nya semakin merosakkan kulit muka saya, moisturizer cetaphill dan cerave . Sunscreen biore . Boleh cadangkan apa yg boleh saya guna untuk atasi masalah kulit saya … terima kasih doktor .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui keterangan anda diatas, anda mengalami masalah jerawat dan kulit kering. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala yang sedang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Alahan
- Masalah kulit sensitif pada produk kecantikan
- Kurang penjagaan kebersihan
- Tekanan perasaan ataupun stres
- Dehidrasi
- Terdedah kepada cuaca panas
Namun begitu, masalah yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Infeksi oleh bakteria (akibat kurang mencuci muka dengan benar)
- Masalah hormon seperti polycystic ovarian syndrome (diagnosis dasar yang biasanya disertai dengan masalah haid dan sebagainya)
- Peningkatan dalam penghasilan sebum(minyak)
Mengenai pertanyaan anda tentang produk yang sesuai digunakan, setiap permasalahan jerawat perlulah diperiksa dan perlu melalui proses penilaian oleh doktor bagi mengenal pasti punca masalah yang berlaku sebelum menentukan rawatan dan produk yang sesuai digunakan.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi .
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih