
Sulit
3 tahun
Payudara menjadi besar
Jadi umur saya baru 15 tahun tapi payudara saya besar daripada orang lain. Sangat besarlah susah saya untuk terangkan. Apakah saya ada masalah payudara?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Saiz payudara setiap wanita adalah berbeza-beza mengikut saiz fizikal dan keturunan mereka. Memiliki payudara yang besar adalah normal sekiranya anda tidak mengalami gejala sakit, ketulan ataupun abnormaliti pada payudara anda.
Secara amnya, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengecilkan saiz payudara iaitu:
- Senaman boleh mengurangkan lemak payudara. Senaman kardio dan aerobik sesuai untuk menghilangkan lemak
- Diet yang seimbang
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.