
Sulit
4 tahun
Pinggang kiri dan perut sebelah kiri sakit dan sembelit
Doktor saya wanita 26 tahun, saya pernah dapat jangkitan kuman 5 tahun lalu di pinggang semasa mengandung sebab selalu menahan kencing. Selepas itu kebelakangan ni pinggang saya sakit lagi cek kesihatan saya kurang garam saya minum 3 keping saja air garam tu dan hingga sekarang pinggang masih sakit dan perut sebelah kiri saya juga turut sakit lebih2 lagi bila saya buang air kecil dan besar akan sakit sikit. Pinggung dan tulang kelangkang kiri sy juga merasa tidak selesa ada sakit sedikit. Adakah saya ada simptom batu karang atau kanser usus atau buah masalah buah pinggang. Sy sembelit bila kurang minum air dan makan tapi bila makan oat atau yogurt sy masih boleb buang seperti biasa. Sy risau juga sbb sejarah keluarga dato pernah kena tebuk usus. Terima kasih doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan masalah sakit pinggang dan kram perut. Ia boleh disebabkan oleh mana-mana organ di sekitarnya seperti buah pinggang, pundi kencing, rahim, ovari, usus, atau otot dan tulang di kawasan tersebut.
- Wanita biasanya menghidap kram atau senggugut sebelum atau ketika haid
- Masalah seperti batu karang boleh menyebabkan sakit pada bahagian pinggang (batu karang pada buah pinggang) atau bahagian bawah perut (batu karang di pundi kencing)
- Masalah pada sistem pencernaan seperti radang usus
- Masalah atau kecederaan pada otot sekitar pinggang atau tulang belakang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.