Sulit
3 tahun
Sakit bahagian pipi
seminggu yang lepas saya kurang sihat selsema, bersin dan panas dalam setelah beberapa hari saya mengalami kesakitan pada bahagian pipi dan sekarang selesma, bersin dan panas dalam dh sembuh tpi pipi masih terasa sakit dan hidung berbau tanpa hingus atau tersumbat serta kahak rasa lain… warna kahak hijau kekuningan… boleh saya tahu apa punca nya doktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberap penjelasan yang boleh diberi yang berkait dengan masalah kahak berlebihan dan berwarna kuning hijau iaitu:
- Kahak berwarna kuning atau hijau adalah tanda-tanda jangkitan kuman pada tekak atau ruang hidung.
- Jangkitan kuman ini menyebabkan keradangan pada kawasan ruangan hidung, mulut dan tekak dan menyebabkan rembesan kahak menjadi lebih banyak berbanding normal. Ini merupakan salah satu sistem pertahanan badan anda. Ia juga boleh melibatkan salur pernafasan dan paru-paru
- Jangkitan kuman pada paru-paru seperti Pneumonia dan penyakit Tuberculosis . Namun, penglibatan paru-paru akan menyebabkan gejala batuk.
- Keradangan atau jangkitan kuman pada tonsil ( Tonsilitis ) yang boleh menyebabkan tonsil bengkak. Selalunya ia akan disampingi dengan gejala sakit tekak.
- Alahan pada persekitaraan atau makanan yang boleh menyebabkan kahak berlebihan.
- Keradangan sinus akibat jangkitan.
- Cecair hidung yang jatuh ke tekak ( Postnasal Drip )
Dengan penerangan diatas, saya berharap anda mendapat maklumat yang diperlukan dan andai kata anda mempunyai soalan yang lebih lanjut, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.