Anonymous
2 tahun
Sakit di bahagian tengkuk Dan bahu
Says wanita 28thn sy baru melahirkan baby dlm 2bln yg lepas pagi tadi bahu n tngkuk sy berdenyut2 sakit and belikat sy macam ditarik Susah saya bernafas sy cepat2 bangun Dan letak minyak angin Dan berasa kurang sy nk baring semula dia sakit balik di bahagian tu Dan berdenyut2 kenapa ye doctor…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak puan, terdapat kemungkinan puan tidur pada posisi atau postur yang salah sepanjang malam dan mengakibatkan kesakitan pada kawasan yang dinyatakan apabila bangun dari tidur. Namun begitu, pihak kami memerlukan maklumat yang lebih lanjut daripada pihak puan mengenai kesakitan tersebut, sebelum kami boleh membuat kesimpulan.
Sekiranya masalah ini berlarutan atau semakin serius, sila rujuk kepada doktor dengan segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.