
Sulit
4 tahun
Sakit kepala ketika dlm keadaan sujud
Sejak 2-3 hari kblkangan saya perasan saya sering sakit kepala ketika sujud ataupun apabila kepala berada dlm position kbwh…Apakah yg sdg di alami oleh saya?Bagaimana cara merawat sakit ini? Adakah faktor penyakit ini kerana kurang tidur ?
Saya juga mmpunyai rabun jauh hampir 200power…Tetapi jarang memakai cermin mata…Adakah ini menyumbang kpd penyakit sakit kepala?Terangkan

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Sakit kepala secara amnya terbahagi kepada dua iaitu sakit kepala primer dan sekunder. Sakit kepala primer biasanya adalah:
Tekanan darah rendah
kurang kandungan gula
benign positional paroxysmal vertigo
jangkitan telinga
Migraine biasanya sakit kepala bersifat berdenyut-denyut
Cluster type headache
Tension type headache
Akibat penggunaan ubatan
Akibat sinusitis iaitu keradangan lubang tengkorak
Memandangkan anda telah mengalami masalah ini sejak beberapa lama dan kerap kali, sebaiknya anda merujuk ke doktor agar ia dapat diatasi dan tidak mengganggu aktiviti harian anda. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.