Sulit
3 tahun
Sering Sendawa dan sakit di bahagian dada dan rusuk kiri
Saya wanita berumur 39 tahun. Hampir 2 bln lbh saya mengalami sendawa dan sakit di bahagian dada. Kdg2 rasa mcm nak muntah tp xmuntah… Tinggi saya 157 dan berat saya 92kg… Bila saya duduk terlalu lama, saya akan berasa sakit dibahagian pinggang. Saya juga memang penggemar kopi… Apakah masalah saya doktor
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kebimbangan dan ketidakselesaan anda berkenaan gejala kerap sendawa selama hampir dua bulan, yang diiringi dengan sakit di bahagian dada, rusuk kiri dan pinggang.
Untuk pengetahuan anda, berdasarkan berat badan (46kg) dan ketinggian (165cm) yang telah dinyatakan, anda termasuk golongan individu dengan berat badan melebihi paras normal (obesiti).
Masalah obesiti boleh menyebabkan pelbagai gejala termasuk yang anda alami, contohnya:
- Masalah sistem pencernaan yang menyebabkan anda kerap sendawa dan mual
- Kecederaan otot atau tulang yang disebabkan oleh berat badan berlebihan
Masalah obesiti boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang serius dan memerlukan pemeriksaan lanjut serta rawatan contohnya:
- Tekanan darah tinggi
- Paras kolesterol tinggi
- Kencing manis
- Penyakit jantung
Oleh itu, anda amat disarankan untuk berbincang dengan doktor kami secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan Pakar Dietitian.