Sulit
3 tahun
Susah untuk sendawa
emak saya berumur 60 tahun .beliau mengalami masalah susah untuk bersendawa. beliau terasa seperti ada yg tersekat di dada dan selalu meyuruh saya menumbuk di belakang badan supaya berasa selesa. Adakah ini normql bagi wanita yg sudah berusia
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa ibu anda mengalami masalah susah untuk sendawa. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, situasi yang dialami adalah kerana ketidakcernaan. Ia menyebabkan pengumpulan gas dalam perut. Ia boleh diakibatkan daripada pemakanan:
- yang berlebihan (binge eating)
- diet yang tinggi lemak atau terlalu berminyak
- makanan yang terlalu pedas
- makan terlalu laju.
Perkara ini boleh dielakkan dengan cara:
- makan makanan yang melepaskan gas di perut seperti buah-buahan
- mengambil antasid
- perbetulkan cara dan postur semasa makan
- mengelakkan makanan yang boleh mengumpul gas di perut
Bagi soalan lanjut, sila rujuk kepada doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar gastroenterologi