Sulit
3 tahun
Suspek denggi dan hidung berdarah
Hello dr, saya wanita berusia 21 tahun. Pada 15 hb saya telah mula demam on-off dan rasa sengal pada sendi. keesokan harinya timbul ruam merah di tangan. Kemudian pada 17 hb saya telah ke klinik untuk lakukan FBC dan blood count saya rendah dari normal. Pada 18 hb saya melalukan FBC kali ke 2 dan WBC saya turun dari 4.1 kepada 3.5. Dan hidung saya berasa sangat kering dan terdapat sedikit darah. Adakah situasi saya merujuk kepada denggi berdarah?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, Simptom demam denggi biasanya muncul pada hari kelima hingga keenam setelah digigit nyamuk yang membawa virus denggi. Tanda-tandanya seperti:
- Demam tinggi- Terdapat juga segelintir pesakit yang cuma mengalami demam yang tidak terlalu tinggi.
- Sakit kepala
- Mual
- Muntah
- Sakit otot, tulang atau sendi
- Ruam pada kulit
- Badan berasa lemah atau letih yang keterlaluan
Manakala Demam denggi berdarah pula mesti disertai dengan salah satu daripada simptom di bawah:
- Sakit ari-ari yang parah dan berterusan
- Berdarah daripada hidung, gusi, mulut atau lebam di bawah kulit tanpa sejarah trauma
- Sering muntah tanpa darah atau berdarah
- Najis berwarna hitam seperti tar jalan raya
- Rasa haus yang melampau
- Kulit pucat dan sejuk
- Rasa mengantuk atau gelisah
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.