Sulit
3 tahun
Tak datang haid selama 2tahun
Saya wanita berumur 27tahun dan saya tidak datang haid selama 2tahun,saya setiap bulan saya akan merasa sprti dtg haid tanda2 nak period akan trasa ,tetapi saya tak period.apa perlu saya lakukan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami masalah tidak datang haid selama 2 tahun. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah haid tidak datang untuk 2 tahun boleh berlaku disebabkan oleh beberapa perkara seperti :
- Penggunaan perancangan keluarga, terutamanya suntikan perancang
- Masalah tiroid
- Berat badan yang berlebihan
- PCOS
- Kesan sampingan sesetengah pembedahan seperti pembedahan untuk mengeluarkan rahim atau ovari
Kami amat menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor pakar sakit puan untuk mengetahui punca sebenar masalah anda. Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.