
myip118
2 tahun
Tekanan darah dan masalah paru-paru
Soalan pertama:
Ayah saya sekarang ni ada masalah paru-paru. Dan menurut doktor yang merawatnya paru-paru ayah saya sudah ditahap kritikal dan sudah tidak boleh dirawat.
- Selalu sesak nafas
- Sudah ada parut pada paru2 dan membuatkn laluan udara menjadi sempit.
- Sudah kena jangkitan kuman.
- Paru2 sudah tidak boleh hasilkan atau keluarkan karbon dioxide(maaf jika salah).
Benarkah sudah tiada rawatan untum ayah saya?
Soalan kedua:
Tekanan darah ayah saya 157/97
Dokter yang merawat hanya bagi antibiotik dan ubat pencair darah.
Adakah itu normal?
Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Mengenai penyakit ayah anda, sudah semestinya doktor yang merawat beliau lebih arif tentang keadaannya. Tanpa maklumat yang lengkap tentang pemeriksaan dan tahap kesihatan ayah anda, pihak kami tidak boleh membuat kesimpulan sekiranya terdapat rawatan lain atau tidak.
Untuk makluman anda, penyakit pada paru-paru dan juga masalah darah pekat juga boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Oleh itu, mesti ada rasionalnya ubat antibiotik dan pencair darah diberikan kepada ayah anda.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.