Sulit
3 tahun
Tekanan darah tinghi
ibu saya darah tinggi. dia amat lemah separuh badan terutama kaki. boleh terangkan kenapa ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang ibu anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan ibu anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Hipoglisemia
- Tekanan darah tinggi
- Transient ischemic attack
- Strok
- Ketidakseimbangan elektrolit di dalam badan ( electrolyte imbalance )
- Masalah saraf
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah ibu anda. Saranan kami adalah ibu anda perlu berjumpa dengan doktor segera supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada ibu anda kerana keadaan ibu anda ini memerlukan perhatian yang serius dan kami bimbang ia berpunca daripada masalah yang serius dan mungkin dapat mendatangkan komplikasi sekiranya ia ditangani dengan lambat.
Usah lengahkan waktu dan sila berjumpa doktor sekiranya ibu anda juga mempunyai gejala yang disebutkan di bawah:
- Demam
- Gangguan penglihatan (visual disturbance)
- Masalah untuk bercakap (sebutan yang tidak jelas atau terlalu perlahan)
- Lemah separuh badan atau pada mana-mana anggota badan
- Pitam
- Tidak dapat bergerak
- Gejala yang disebutkan mengganggu aktiviti harian dan tidur
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.
Pakar hematologi sedia membantu anda dalam menangani masalah tekanan darah tinggi anda.