nuuradani
5 tahun
Telinga selalu dengar bunyi denyutan dan berdesing
saya wanita berumur 27thn. sejak 22/1/2019 telinga sebelah kanan sy ni setiap hari akan dengar bunyi denyutan dan berdesing. sejak masalah ni dtg juga sy kerap sakit tekak. tiada demam atau selsema. sejak seminggu ni sy mula perasan pendengaran sebelah kanan ni kurang dan ada kalanya sy merasa sakit mencucuk dlm beberapa saat shj lepas tu kembali seperti biasa. sy ada pergi ke klinik kesihatan biasa tapi doktor kata telinga sy ok bersih tak ada bengkak atau radang merah. apa perlu sy buat ye sebab menggangu fokus sy bila bunyi ni muncul.
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Masalah telinga berdesing dipanggil “tinnitus”. Masalah tinnitus ini biasa menyerang 15-20 peratus populasi manusia. Antara penyebab masalah tinnitus adalah:
- Berlaku kepada warga emas akibat hilang upaya mendengar apabila umur semakin meningkat
- Sering terdedah kepada bunyi yang kuat seperti alatan pembinaan fasiliti atau penggunaan alat mainan muzik seperti iPods dan MP3 dengan volume yang kuat dalam jangka masa panjang
- Tahi telinga menyumbat saluran telinga
- Masalah pada tulang telinga
- Kebanyakan masalah tinnitus tidak dapat dikenal pasti puncanya
Untuk mendapatkan kepastian tentang masalah pendengaran anda, maklumat lanjut dan pemeriksaan haruslah dijalankan. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.