Sulit
5 tahun
Sinus itu apa? Berbahaya ke?
Saya ade mslh hidung nafas berbau busuk. Bau busuk tu kadang2 je ade pastu ok je xde bau. Ubat semburan atau antibiotik yang lebih bagus? Tp saya elergik antibiotik… kalau dibiarkan adakah ia berbahaya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, sinus adalah rongga tulang yang berada pada beberapa bahagian tengkorak manusia. Ia berfungsi untuk meringankan tengkorak kepada dan menghasilkan cecair untuk melembapkan hidung manusia.
Masalah yang anda hadapi boleh disebabkan oleh perlbagai faktor. Antaranya:
- Jangkitan kuman/virus
- Alahan pada persekitaran
Rawatan adalah berdasarkan punca masalah yang anda hadapi.
Jika sinus dijangkiti kuman, ia boleh menjadi bahaya kerana terdapat kebarangkalian untuk kuman tersebut merebak daripada sinus ke otak kerana lokasi yang berdekatan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.