Sulit
2 tahun
Sinus yang serius dgn ubat Cefuroxime axetil
Cefuroxime axetil. Saya pernah gunakan ubat ini untuk sinus yg serius. Boleh saya dapatkan ubatan tersebut difarmasi kerana sinus tersebut berulang dan serius
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Ubat jenis antibiotik misalnya Cefuroxime memerlukan preskripsi doktor terlebih dahulu. Hal ini demikian kerana pengambilan antibiotik tidak terkawal akan menyebabkan fenomena “Antibiotik Resistance”. Akibatnya pesakit memerlukan antibiotik yang lebih kuat yang boleh menyebabkan kesan sampingan yang lebih serius.
Selain itu, sinusitis jenis kronik akan menyebabkan komplikasi yang memerlukan rawatan selain ubat antibiotik. Oleh itu, anda perlu melawat doktor untuk pemeriksaan lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.