Sulit
2 tahun
Masalah sinus infection
Semasa kecil, saya ada asthma dan kali terakhir saya asthma ketika berumur 8 tahun. Sekarang (23 tahun) saya mudah untuk bersin dan selepas bersin saya akan selesema yang teruk, mudah terkena batuk dan apabila batuk mengambil masa yang sangat lama untuk hilang. Apabila terlalu lama batuk, saya mudah untuk terkena infection di bahagian tekak. Kadang kala saya juga selalu menggaru mata dan hidung ketika tidur. Berdasarkan symptom yang saya alami, apakah yang perlu saya lakukan? Saya sudah sering ke klinik
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Allergic rhinitis
- Sinusitis
- Asma
- Tonsilitis
- Pharyngitis
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.