Sulit
3 tahun
Soalan tentang paruparu
Saya lelaki beumur 23 tahun dan mempunyai masalah resdung. Saya bersin dan menyebabkan nafas saya menjadi pendek. Adakah ini pengaruh daripada lendir akibat resdung ataupun masalah paruparu? Namun saya tidak batuk atau selainnya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mempunyai masalah resdung dan sedang mengalami masalah pernafasan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah resdung biasanya berpunca daripada jangkitan virus atau bakteria dan ia boleh menyebabkan rongga-rongga sinus tersumbat. Sekiranya masalah resdung tidak dirawat, jangkitan bakteria boleh merebak ke kawasan lain seperti mulut, otak atau paru-paru.
Masalah pernafasan anda boleh berpunca daripada masalah resdung atau jangkitan lain pada saluran pernafasan. Untuk mendapatkan punca yang sebenar, kami menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor untuk pemeriksaan dan rawatan yang lanjut.
Anda juga boleh menghubungi doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan kami dapat membantu anda.