nutznatty
5 tahun
Sakit dibahagian kening
Saya wanita berumur 27 tahun. Masalah saya ialah sakit dibahagian kening. Saya mengalami selsema 2 minggu dan sekarang beransur pulih. Tapi kening saya dan bahagian mata saya sangat sakit,terutama bila saya tunduk. Bila saya picit ianya sangat sakit. Adakah masalah saya ini serius…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Radang sinus
- jangkitan kuman pada sinus frontal
- tekanan akibat selesema yang berpanjangan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.