rajanoorhamimi
5 tahun
Keluar air berwarna putih kekuningan dari sebelah hidung
Saya wanita berusia 30an. Mengalami sinusitis 3 tahun & telah menjalani 2x ESS surgery terakhir pada tahun 2017. Sejak 8 bulan yg lepas hingga kini, saya mengalami sakit & tegang yg teramat sangat di bahu & leher serta sakit kepala yg kuat hampir setiap hari. Keada bertambah teruk jika saya menunduk. Saya mengambil panadol/ubat tahan sakit tapi tak berkesan.
Yang lebih merisaukan lagi, cecair seperti air berwarna jernih kekuningan (watery discharge) keluar dari sebelah hidung saya apabila saya menunduk atau mengiring. Cecair yang keluar agak banyak & kadang-kadang sedikit. Ianya berlaku dalam setiap 2 minggu sekali atau setiap kali saya mengalami sakit yang terlalu kuat di bahagian kepala dan leher.
Apakah cecair (air) yang keluar dari hidung saya? apa yg menyebabkan bahu dan leher saya terlalu tegang sehingga kepala dan telinga saya juga kadang sakit dan bunyi seperti ring. Jika saya ingin ke hospital, adakah saya perlu merujuk ke pakar ENT? terima kasih
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, banyak punca kepada masalah yang anda hadapi, antaranya:
- Radang sinus atau sinusitis
- Jangkitan telinga
- Iritasi atau masalah saraf pada hidung
- Komplikasi dari prosedur atau pembedahan yang anda jalani
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.