Sulit
4 tahun
Sakit hidung & sekitarnya
Sy wanita berusia 42 thn. Sy sering metasa sakit dan tidak selesa pada hidung, pipi kiri kanan sekitarnya, telinga rasa sakit dan tersumbat serta sakit kepala di bhgn kening kiri dan kanan srta t
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Anda berkemungkinan mengalami masalah sinusitis. Sinusitis adalah keradangan atau pembengkakkan pada jaringan sinus iaitu rongga hidung yang berisi udara di belakang tulang wajah.
Simptom sinusitis adalah:
- Batuk
- Bau mulut
- Kelelahan
- Sakit pada bahagian sinus
- Lendir hidung yang berwarna hijau atau kuning
- Hidung sumbat
- Bengkak di sekitar mata, pipi, hidung atau kening
- Mual
Sinusitis sering disebabkan oleh:
- Bakteria
- Alergi
- Pencemaran udara
- Polip hidung
Sinusitis boleh dirawat dengan ubat dekongestan. Ia boleh membantu mengurangkan penyumbatan pada sinus dan mengurangkan pembengkakan pada sinus. Anda juga haruslah minum air yang secukupnya.Selain itu, anda haruslah menghindari alergen tertentu seperti asap kerana ia boleh mengeringkan lapisan membran mukosa sinus anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.