dash129
4 tahun
Anak saya berumur 10,22 tahun. Mereka sering bersin dan berair hidung bila bangun dari tidur. Waktu. Lain tak pula begitu. Saya minta pandangan dari doktor. Terima kasih
Tiga Anak lelaki saya umur 10,18 dan 22 tahun sering bersin dan hidung berair bila bangun tidur. Mereka tidak ada masalah penyakit lain. Saya mohon pencerahan dari doktor.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keradangan sinus (sinusitis)
- Alahan kepada persekitaran dan apa-apa bahan
- Ketumbuhan polip pada hidung
- Jangkitan kuman ataupun virus pada hidung
- Perubahan hormon
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.