syaidatulnajwa59
4 tahun
Sinus Hidung bengkak
Saya wanita berumur 24 tahun.saya kena sinus ni sejak lama.dulu teruk lepastuh dah baik…tapi dua tiga minggu ni saya x selesa utk bernafas dengan hidung.tambah lagi dekat dalam hidung saya macam ade benda timbul…ada masa kalau saya korek hidung keluar darah…ade masa tiada darah pon…yang penting kdang2 saya sukar bernafas melalui hidung sbb hidung tersumbat…sampai satu tahap saya terpaksa nafas ikot mulut…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sukar bernafas melalui hidung boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah kronik sinusitis
- Ketumbuhan polip di dalam hidung- Ia adalah antara kondisi yang biasa dilihat dalam pesakit kronik hidung seperti sinusitis dan asma. Ianya tidak berbahaya melainkan jika ia kerap berdarah atau jika ia tutup kedua-dua belah lubang hidung. Ia sering kali membawa masalah seperti berdengkur dan tidur terganggu.
- Masalah asma
- septum hidung bengkok
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada pakar telinga, hidung dan tekak. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.