Sulit
4 tahun
Panas seluruh badan, kepala, telinga dan hidung
Saya wanita 44 tahun. Baru 2 hari permulaan kitaran haid. Rasa panas seluruh badan termasuk rasa haba di kepala, hidung dan telinga. Susah tidur dan berpeluh walaupun dalam air conditioned room. Smlm visit doctor, body temperature 36.8 dan tidak demam. Diagnosed sinusitis sbb ada phlegm n batuk sikit. Adakah saya demam? Sbb x da thermometer nak check. Atau ada jangkitan lain yg perlu yg beri perhatiab? Apa sebenarnya masalah kesihatan sy ni? Terima kasih.
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan. Untuk maklumat anda, masalah panas seluruh badan, kepala, telinga dan hidung boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Demam (Boleh disebabkan oleh jangkitan kuman ataupun virus)
- Perubahan hormon
- Sinusitis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih