Sulit
3 tahun
Sakit kepala, sakit muka dan hidung sudah lama tersumbat
Hello doktor,
Saya seorang yang berumur 30tahun. Saya ingin bertanya apakah sebab-sebab saya sering mengalami sakit kepala seperti melayang, sakit-sakit di bahagian muka adakah disebabkan sinusitis sebab hidung saya sudah lama tersumbat. Saya kerap merasa badan lemah bila simptom-simptom tersebut datang pada saya. Kadang-kadang saya bernafas pendek dan tidak selesa. Saya juga ada penyakit gastrik. Harap doktor boleh memberikan jawapan dan ulasan tentang sakit saya ni. Terima kasih doktor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, sakit kepala dan sakit di bahagian muka boleh disebab oleh sinusitis. Sebab radang resdung dan hidung tersumbat lama boleh meningkatkan tekanan dalam resdung (ruang di muka tengkorak). Sinusitis boleh disebab oleh beberapa perkara seperti alahan resdung, polip, septum hidung menyimpang, jangkitan dan lain.
Selain itu, penyakit gastrik tidak berkaitan dengan sakit kepala, boleh disebab oleh banyak perkara, contohnya akibat stress, makanan, langkau waktu makan, genetik, jangkitan, ulser dan sebagainya.
Untuk mengatasi sakit kepala anda, kami menyaran anda merujukkan masalah ini kepada doktor dengan lanjut, menjalani periksaan serta penyelidikan berkaitan untuk mengetahui punca penyebab gejala anda supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak.