Sulit
3 tahun
Adakah Masalah sinus iini serious?
Hi doctor? Saya nak tanya setiap kali saya bangun pagi belakang hidung saya mcm ada lendir yg tersekat and rasa masam. Benda tu makes me feel uncomfortable. Nak tarik dia keluar kena like suck it from inside. Idk la movement tongue tu. Lendir tu just mcm melekit and lutsinar. Tpi every morning or kena habuk. Also kalau dia sampai ke throat sakit tekak and dia turn out like clear glue like substance. Lepastu saya selalu juga rasa sakit kepala. Saya mengalami masalah sinus yang serious ke? Apa treatment yg boleh saya ambil?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat petang! Terima kasih atas soalan anda.
Anda berkemungkinan mengalami masalah sinusitis. Sinusitis adalah keradangan atau pembengkakan pada jaringan sinus iaitu rongga hidung yang berisi udara di belakang tulang wajah.
Simptom sinusitis adalah:
- Batuk
- Bau mulut
- Kelelahan
- Sakit pada bahagian sinus
- Lendir hidung yang berwarna hijau atau kuning
- Hidung sumbat
- Bengkak di sekitar mata, pipi, hidung atau kening
- Mual
Sinusitis sering disebabkan oleh:
- Bakteria
- Alergi
- Pencemaran udara
- Polip hidung
Sinusitis boleh dirawat dengan ubat dekongestan. Ia boleh membantu mengurangkan penyumbatan pada sinus dan mengurangkan pembengkakan pada sinus. Anda juga haruslah minum air yang secukupnya.Selain itu, anda haruslah menghindari alergen tertentu seperti asap kerana ia boleh mengeringkan lapisan membran mukosa sinus anda. Jika simptom anda masih berlanjutan, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.