Sulit
4 tahun
Kesukaran bernafas di leher
Saya berusia 36 tahun. Sejak dua hari ni, saya rasa sukar bernafas sehingga terasa ke telinga. Sminggu lepas saya ada berjumpa doc dan diberikan ubat resdung. Apakah yang dapat saya lakukan sepanjang kesukaran bernafas ini d bilik sewa memandangkan sekarang perintah kawalan pergerakan.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Sebelum kami memberikan nasihat berkenaan dengan masalah keradangan sinus ini, ada baiknya saya menerangkan dengan lebih lanjut berkenaan dengan simptom sakit ini. Antaranya:
Dalam sinusitis, rongga-rongga ini dipenuhi dengan mukus. Ini menyebabkan peningkatan tekanan pada kepala. Antara simptom-simptom lain untuk sinusitis ialah:
• Hidung berair. Discaj hidung boleh didapati dalam warna hijau atau kuning.
• Sakit tekak. Disebabkan oleh discaj di hidung.
• Kesukaran bernafas. Ini disebabkan oleh hidung yang tersumbat.
• Sakit kepala. Tekanan yang tinggi di dalam sinus akan memberikan sakit kepala.
Sinusitis sering disebabkan oleh:
- Bakteria
- Alergi
- Pencemaran udara
- Polip hidung
Sinusitis boleh dirawat dengan ubat dekongestan. Ia boleh membantu mengurangkan penyumbatan pada sinus dan mengurangkan pembengkakan pada sinus. Anda juga haruslah minum air yang secukupnya.Selain itu, anda haruslah menghindari alergen tertentu seperti asap kerana ia boleh mengeringkan lapisan membran mukosa sinus anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini ialah keterangan am bagi gejala yang anda hadapi. Terima kasih.