Sulit
3 tahun
Terlalu kurus selepas bersalin
Saya ibu kepada 4 orang ank dan berumur 39 tahun. Saya terlalu kurus selepas melahirkan anak keempat dari 45 ke 39 . Sy jga menyusukan bayi saya yang kini berumur 8 bulan .bantu sy doktor sy bukan sahaja badan kurus malah muka pun nampak cengkung
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, sebabnya anda masih menyusukan bayi anda berusia 8 bulan, kalori yang perlu anda makan mestilah lebih tinggi daripada diet biasa anda. Sekiranya anda tidak dapat makan terlalu banyak makanan berdasarkan 3 diet biasa, anda boleh cuba makan makanan quantity kecil antaranya seperti minum petang dan sebagainya.
Anda juga perlu makan makanan mengandungi protein tinggi seperti, daging ayam, ikan, daging tanpa lemak, telur, susu, dan lain untuk meningkatkan berat badan anda. Selain itu, keseimbangan nutrien lain juga banyak penting, contoh makanan seperti buah-buahan, sayuran dan produk penyusu.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau mendapatkan nasihat serta langkah makanan yang sihat daripada pakar pemakanan dan pakar diet.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.