Sulit
3 tahun
Tu tanda tekanan darah tinggi ke?
Dok,saya ada simptom bila tengok fon sambil baring sahaja kepala saya akan panas… jadi saya tenangkan diri tanpa tgk fon panas tersebut reda sikit2… tapi rasa mcm pening sikit dekat bahagian dahi. Kadang2 tidur waktu malam tengkuk saya terasa tegang xleh ke kiri xleh ke kanan. Rilek kejap pastu baru lega. Adakah itu tanda tekanan darah tinggi? Saya baru 25tahun, xkan dah ada tekanan darah tinggi?apa perlu saya buat dok?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, tekanan darah tinggi memerlukan pemeriksaan lebih lanjut untuk kami memberikan kesimpulan. Secara amnya, gejala yang anda alami boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Masalah migrain
- Tekanan darah tinggi
- Masalah strok tahap awal
- Dehidrasi
- Kurang senaman atau aktiviti luar
- Gangguan stress dan emosi
- Tabiat pemakanan yang tidak sihat seperti lambat makan
- Kurang rehat atau tidur.
- Masalah tiroid.
- Penyakit-penyakit am seperti kurang sel darah merah
- Jangkitan kuman pada sinus yang boleh menyebabkan sakit kepala sinus. (keradangan sinus)
- Jangkitan kuman pada otak atau selaput otak
- Aliran darah ke otak yang tidak lancar akibat penyakit salur darah seperti kembungan salur darah ( Aneurysm ).
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Anda boleh mengambil panadol untuk menghilangkan sakit kepala. Namun sekiranya sakit anda masih berpanjangan dan anda menagalami gejala dibawah, sila berjumpa dengan doktor:
- Pitam
- Muntah muntah
- Sakit berterusan sepanjang hari
- Sakit yang tidak tertahan
- Demam panas
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih