
Sulit
4 tahun
Virus Toksoplasmosis
saya difahamkan bahawa virus Toksoplasmosis boleh berjangkitan melalui najis kucing…adakah ia berjangkit pada najis kucing ke manusia melalui sentuhan najis tersebut ke tubuh manusia atau melalui mulut sahaja?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Pastikan kebersihan dan kesihatan tubuh anda sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Toxoplasmosis adalah suatu penyakit akibat dari parasit Toxoplasma gondii. Jangkitan parasit ini boleh menyebabkan penyakit toxoplamosis yang mendatangkan kemudharatan kepada wanita mengandung dan juga kandungannya seperti:
- keguguran
- kematian bayi
- gangguan otak atau kecacatan pada si bayi
- jangkitan kelamin pada si ibu
Jangkitan toxoplasma boleh melalui tiga cara:
- memakan daging (yang telah dijangkiti oleh parasit Toxoplasma gondii ) mentah atau yang tidak dimasak sepenuhnya
- terdedah kepada kotoran/najis kucing atau tanah yang mengandungi parasit Toxoplasma gondii dan kemudian akibat tidak mencuci tangan dengan baik sehingga parasit memasuki mulut, mata, hidung atau lapisan mucous yang lain (baca oro-faecal transmission )
- wanita hamil yang baru dijangkiti menyebarkan jangkitan ke janinnya yang belum lahir
Maka dengan itu ibu mengandung sering dinasihatkan untuk tidak lagi mendekati kawasan buangan najis kucing atau haiwan peliharaan yang lain sepanjang kehamilan dan fasa nifas.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.