Sulit
2 tahun
Masalah darah berpanjangan selepas mengambil perancang Cucuk Depo
Saya berumur 29thn, baru lepas bersalin anak kedua secara czer pada 29 jun. saya ibu menyusu sepenuhnya. selepas sebulan bersalin saya mengambil perancang Cucuk Depo. tapi selepas 3bulan lebih saya mengalami darah yang sedikit tapi berpanjangan menjadikan saya stress dan sakit kepala… saya sudah bertanya kan pada doc kk lps 2bulan tapi mereka kata normal… Semalam saya ke farmasi mereka memberi saya ubat Tranexamic Acid 250mg. Adakah saya boleh mengambil ubat tersebut sebab saya menyusu baby.?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Sebilangan kecil asid traneksamik boleh masuk ke dalam susu ibu. Walau bagaimanapun, ubat ini secara amnya dianggap selamat untuk ibu dan bayi yang menyusu. Bercakap dengan doktor anda jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang mengambil asid traneksamik semasa anda menyusu.
Dengan penerangan diatas, saya berharap anda mendapat maklumat yang diperlukan dan andai kata anda mempunyai soalan yang lebih lanjut, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.