Sulit
2 tahun
Tumbesaran terhenti pada umur 14 Tahun?
Hello doktor , saya seorang lelaki yg berumur 25 tahun … Persoalannya adalah, kenapa tumbesaran saya terhenti selepas memasuki umur 14 tahun? Sedangkan mengikut fakta sains, lelaki akan terus meningkat tinggi badan sehingga/pada umur 16-18 tahun … Perbezaan tinggi badan saya dengan ayah saya sebanyak 4 inch lebih rendah , manakala dengan ibu 1 inchi lebih tinggi , dan perbezaan dengan 3 org adik beradik lelaki yang lain adalah sbnyak 6 inchi lebih rendah… Bahkan kakak saya lebih tinggi 2 inch dari saya … Saya bimbang dengan kondisi saya dan sering merasakan ada masalah pada kesihatan diri. Apakah ia faktor genetik atau mungkin masalah kesihatan? Mohon penjelasan dari doktor, terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda ingin mengetahui tentang faktor-faktor yang mempengaruhi ketinggian anda. Saya akan cuba membantu sebaik mungkin.
Sebab-sebab masalah tumbesaran boleh terbahagi kepada beberapa kategori:
Mereka yang bersaiz kecil atau pendek tetapi mereka ini adalah normal. Ini disebabkan faktor genetik di mana ibu bapa mereka yang bersaiz kecil atau pendek akan melahirkan anak-anak yang sedemikian juga.
Mereka yang mempunyai masalah kesihatan:
Kanak-kanak lewat matang (delayed bloomer): kanak-kanak ini lebih pendek daripada rakan sebaya pada permulaannya tetapi akhirnya akan mencapai ketinggian pendek yang normal (seperti rakan sebaya yang lain).
Penyakit-penyakit yang melibatkan seluruh badan (penyakit sistemik) yang serius, tidak dirawat atau tidak dirawat dengan sempurna boleh mengganggu proses tumbesaran. Contoh-contoh penyakit tersebut ialah:
- Malnutrisi
- Penyakit usus
- Penyakit buah pinggang
- Penyakit darah (hematologi), contohnya talasaemia
- Penyakit sistem saraf
- Diabetes mellitus
- Trauma atau tekanan mental yang serius
Penyakit yang berkaitan dengan hormon :
- Kekurangan hormon tiroid.
- Sindrom Cushing (hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal secara berlebihan).
- Kekurangan hormon pembesaran (growth hormone) menyebabkan kanak-kanak menjadi kerdil.
Penyakit kongenital (sejak lahir) yang berlaku semasa tisu-tisu badan sedang membesar:
- Pembesaran yang terbantut semasa janin.
- Masalah kromosom – contohnya sindrom Turner.
- Masalah tulang (penyakit tulang atau tumbesaran tulang yang abnormal)
Anda disarankan untuk bercakap dengan doktor untuk mengetahui jika ketinggian anda adalah normal atau mempunyai masalah kesihatan lain yang tidak diketahui.
Saya berharap saya telah menjawab pertanyaan anda, namun sekiranya anda mempunyai pertanyaan lain atau ingin berbincang tentang masalah ini dengan lebih terperinci, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian. Terima kasih.