Sulit
2 tahun
Berasa kesejukan walaupun cuaca panas
Doc saya berusia 18 tahun boleh saya tahu kenapa kaki dan tangan saya selalu berasa sejuk yang melampau walaupun cuaca sangat panas dan kaki saya juga sering berasa kebas
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- kekurangan gula atau air dalam tubuh
- kekurangan rehat atau tanda-tanda gangguan tidur
- faktor kerja yang melampaui batas kemampuan tubuh
atau ia juga boleh menendakan penyakit yang lebih serius seperti:
- gangguan reumatoid (rheumatoid arthritis)
- gangguan muskuloskeletal (osteoarthritis)
- gangguan saraf
- trauma
- komplikasi obesiti
- gangguan saluran vaskular
- dan lain-lain
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Anda disarankan untuk bercakap dengan doktor sekiranya masalah ini berterusan kerana keadaan ini boleh membawa kepada komplikasi lain jika tidak dirawat.
Saya berharap saya telah menjawab pertanyaan anda, namun sekiranya anda mempunyai pertanyaan lain atau ingin berbincang tentang masalah ini dengan lebih terperinci, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian. Terima kasih.