Sulit
2 tahun
Ruam di dada hadapan. Kayap atau scabies?
Saya berumur 34 tahun. Ada ruam pada dada hadapan saya dan ia seperti merebak ke leher dan kepala. Pada mulanya ia seperti bintik-bintik merah dan menjadi gelembung. Saya dapati ia merebak cepat. Hari pertama bintik pada dada sahaja. Hari kedua ia mula merebak ke leher dan kawasan sekitar. Adakah saya mengalami kayap atau scabies rash atau ia sejenis penyakit lain? Bolehkah saya mendapat kayap pada usia 34 tahun? Dan apakah tindakan yang perlu saya lakukan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, ruam dapat memberikan banyak maksud dan terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Ekzema
- Ruam peluh
- Radang kulit
- Jangkitan kulat, virus atau bakteria
- Penjagaan kulit yang kurang memuaskan
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.